Kajian ini berfokuskan pada pengintegrasian elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) dalam pembangunan kit LETTI sebagai alat bantu mengajar bagi topik Integer dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 1. Pembangungan kit LETTI adalah melalui pengaplikasian kaedah pembelajaran berasaskan permainan dan berpandukan lima fasa model pembangunan ADDIE. Elemen QEI diterapkan secara menyeluruh dalam merangka pembangunan kit LETTI melalui empat aspek utama iaitu galakkan penerokaan ilmu Integer, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kreatif dan inovatif. Kesahan dan kebolehgunaan kit LETTI juga dilaksanakan bagi menjamin kelestarian kit LETTI sebagai alat bantu mengajar yang baik bagi topik Integer Tingkatan 1. Implikasi Kit LETTI mampu membawa kepada akal yang berfikir dan berzikir dengan mengaitkan ilmu yang diperolehi melalui nama-nama Allah dan kebesaran-Nya. Selain itu, pengetahuan ilmu secara empirikal dan teoritikal menambahkan lagi daya kemampuan pemikiran akal. Seterusnya, dapat menghubungjalinkan pengetahuan yang ada untuk berfikir secara seimbang dan menonjolkan lagi keperibadian ulul albab melalui asas elemen QEI.
A Wed, study studied this question.